CL dan single barunya, MTBD (Mental Breakdown) yang dimuatkan dalam album penuh 2NE1, Crush mula menjadi topik hangat apabila pendengar Muslim mendakwa sebahagian daripada latar lagu itu mempunyai sepatah bacaan ayat al-Quran.
CLICK THIS VIDEO:


Kesatuan Muslim Korea menyatakan bantahan kepada syarikat rakaman dan kumpulan itu kerana menghina ayat suci al-Quran dan meminta syarikat rakaman menarik balik lagu itu.
“Masyarakat Islam melihat perkara ini sebagai satu penghinaan dan mahu pihak agensi menarik balik lagu itu dari pasaran.
Kami juga mahu pihak agensi memohon maaf atas perbuatan mereka yang tidak sensitif.
“Sekiranya mereka gagal berbuat demikian, kami akan mengambil tindakan bersama-sama masyarakat Islam seluruh dunia untuk mengenakan tindakan serius,” kata wakil kesatuan.
Pada masa ini, agensi masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan tetapi laporan dari agensi YG Entertainment, mereka sudah membuang bahagian yang didakwa wujud dalam lagu itu.

FULL SONG 2NE1:

Sumber: MyMetro
             Youtube


0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!