Tujuan dan maksud simbol empat jari R4BIA di laman sosial sebenar.
Mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa kebanyakan pengguna Facebook dan Twitter telah menukar Display Profile (DP) mereka kepada DP simbol empat jari R4BIA?.tujuannya yang sebenar ialah untuk menunjukkan keprihatinan kita terhadap krisis berdarah yang sedang melanda negara Mesir ketika ini. 





Rabi’ah/arba’ah bermaksud Empat. Rab’ah (angka 4) dijadikan sebagai simbol keteguhan, kekuatan, perlawanan dan persatuan untuk seluruh dunia yang mencintai kebebasan.

    Simbol 4 jari sebagai simbol untuk mengenang markas demonstran Pro Mursi di Rabi’ah yang telah dihancurkan oleh tentera junta. Simbol 4 jari untuk menunjuk ikon Rabi’ah.

    Simbol 4 jari ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Turki, Recep Tayip Erdogan mulai Sabtu semalam (17 Ogos 2013) setelah mengecam keras pembantaian yang dilakukan tentera junta Mesir yang terjadi pada hari Jumat dan Sabtu di Ramses Square dan Masjid Fatih yang dikepung tentera junta.

0 comments:

Catat Ulasan

Subscribe to RSS Feed Follow me on Twitter!